Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses
perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang individu kepada
individu atau sekumpulan individu yang lain". Ia merupakan proses
interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua:
- perbuatan menghantar matklumat dan
- proses untuk bertukar-tukar maksud
supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi boleh
mengambil bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri,
bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.
Rangkaian komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga
sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari
komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data
yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga
dikenali sebagai media komunikasi.
No comments:
Post a Comment